Kursus ini disediakan dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Arab. Anda boleh memilih bahasa yang dikehendaki menggunakan ikon bendera di atas.
Pendaftaran untuk kedua-dua kursus dibuka sekarang dan kandungan kursus akan tersedia mulai 6 Januari 2025. Kursus akan terus dibuka sepanjang Ramadan supaya anda boleh kembali dan menyemak semula kandungan tersebut.
Klik di bawah untuk mendaftar:
Diabetes dan Ramadan: Untuk penghidap diabetes
Kursus dalam talian percuma ini adalah untuk mereka yang
menghidap penyakit kencing manis (Diabetes) Jenis 1 dan 2 yang ingin berpuasa semasa bulan Ramadan. Kursus ini juga bermanfaat kepada ahli keluarga, penjaga, atau rakan-rakan pesakit. Kursus ini akan membantu anda membuat persediaan untuk berpuasa dan memastikan anda kekal sihat dan selamat serta menguruskan diabetes anda dengan selamat pada masa ini.
Diabetes dan Ramadan: Bagi ahli profesional kesihatan
Kursus dalam talian pendek percuma ini direka untuk membantu profesional penjagaan kesihatan menilai dan menyokong penghidap diabetes semasa Ramadan. Anda akan mempelajari apakah risiko kesihatan, perkara yang menjadikan seseorang berisiko tinggi, dan prinsip pelarasan ubat untuk membantu mengelakkan komplikasi diabetes yang berkaitan dengan puasa.
Siapakah kami?
MyWay Digital Health
MyWay Digital Health merupakan pakar dalam pengurusan kendiri diabetes digital
dan telah membantu beribu-ribu pesakit untuk memahami penyakit mereka dan
membantu menambah baikkan kesihatan mereka. Kami kerap menyampaikan
kursus online dalam pendidikan pengurusan kendiri diabetes supaya pendidikan
berstruktur kami ini tersedia kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya di
seluruh dunia.
Perikatan Diabetes & Ramadan Antarabangsa
Perikatan Diabetes dan Ramadan Antarabangsa (DaR) merupakan organisasi
payung beberapa persatuan diabetes di beberapa negara dan wilayah. Kami
berdedikasi untuk membantu penghidap diabetes berpuasa dengan lebih selamat
di bulan Ramadan. Kami telah menetapkan misi kami untuk lebih memahami
diabetes dan puasa Ramadan di peringkat global melalui inisiatif di seluruh dunia.
Memperkenalkan pasukan kami!
Belajar dengan pakar perubatan berikut untuk menguruskan diabetes anda di bulan Ramadan: