Assalamualaikum WBT dan Selamat Datang ke Kursus atas Talian- Ramadan dan Diabetes!

Kursus ini disediakan dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Arab. Anda boleh memilih bahasa yang dikehendaki menggunakan ikon bendera di atas.

MyWay Digital Health is delighted to partner with Diabetes and Ramadan International Alliance (DaR) to bring you two courses for managing diabetes during Ramadan. These courses are available in English, Malay and Arabic and you can switch between languages using the flags which are at the top of all pages.

يسر الشراكة مع مرض السكري وتحالف رمضان الدولي () لتقديم دورتين لإدارة مرض السكري خلال شهر رمضان. هذه الدورات متاحة باللغات الإنجليزية، الملايو و العربية ويمكنك التبديل بين اللغات باستخدام العلامات الموجودة في أعلى جميع الصفحات.

Pendaftaran untuk kedua-dua kursus dibuka sekarang dan kandungan kursus akan tersedia mulai tengah malam (GMT) pada 19 Februari 2024. Kursus akan terus dibuka sepanjang Ramadan supaya anda boleh kembali dan menyemak semula kandungan tersebut.

Percuma

Diabetes dan Ramadan: Untuk penghidap diabetes

Kursus dalam talian percuma ini adalah untuk mereka yang
menghidap penyakit kencing manis (Diabetes) Jenis 1 dan 2 yang ingin berpuasa semasa bulan Ramadan. Kursus ini juga bermanfaat kepada ahli keluarga, penjaga, atau rakan-rakan pesakit. Kursus ini akan membantu anda membuat persediaan untuk berpuasa dan memastikan anda kekal sihat dan selamat serta menguruskan diabetes anda dengan selamat pada masa ini.

Percuma

Diabetes dan Ramadan: Bagi ahli profesional kesihatan

Kursus dalam talian pendek percuma ini direka untuk membantu profesional penjagaan kesihatan menilai dan menyokong penghidap diabetes semasa Ramadan. Anda akan mempelajari apakah risiko kesihatan, perkara yang menjadikan seseorang berisiko tinggi, dan prinsip pelarasan ubat untuk membantu mengelakkan komplikasi diabetes yang berkaitan dengan puasa.

Siapakah kami?

MyWay Digital Health

MyWay Digital Health merupakan pakar dalam pengurusan kendiri diabetes digital
dan telah membantu beribu-ribu pesakit untuk memahami penyakit mereka dan
membantu menambah baikkan kesihatan mereka. Kami kerap menyampaikan
kursus online dalam pendidikan pengurusan kendiri diabetes supaya pendidikan
berstruktur kami ini tersedia kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya di
seluruh dunia.

Perikatan Diabetes & Ramadan Antarabangsa

Perikatan Diabetes dan Ramadan Antarabangsa (DaR) merupakan organisasi
payung beberapa persatuan diabetes di beberapa negara dan wilayah. Kami
berdedikasi untuk membantu penghidap diabetes berpuasa dengan lebih selamat
di bulan Ramadan. Kami telah menetapkan misi kami untuk lebih memahami
diabetes dan puasa Ramadan di peringkat global melalui inisiatif di seluruh dunia.

Memperkenalkan pasukan kami!

Belajar dengan pakar perubatan berikut untuk menguruskan diabetes anda di bulan Ramadan:

Dr Mohamed Hassanein
Salma Mehar
Nisak
Dr Barakatun-Nisak
Dr Debbie Wake
Dr Harni Bharaj

Kursus ini disokong oleh: